Permohonan Polis DiRaja Malaysia PDRM 2020 Online - KONSTABEL POLIS YA1




Iklan terbaru jawatan kosong kepada pemohon yang berminat untuk bekerja dengan POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM).  yang bertempat di seluruh Malaysia. Permohonan ini boleh dibuat melalui portal rasmi e-PENGAMBILAN PDRM. Sebelum membuat permohonan sila mengikut langkah-langkah memohon di bawah supaya anda tidak terlepas dalam menjawat jawatan ini.

Iklan jawatan kosong yang telah dibuka oleh POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) untuk memohon kekosongan jawatan seperti berikut :-

  1. KONSTABEL POLIS YA1

Permohonan jawatan kosong ini adalah permohonan secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mempunyai kelayakan seperti berikut :-

Syarat-syarat permohonan :-

  1. Terdiri dari Warganegara Malaysia

  2. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh permohonan secara online


Kelayakan Akademik:

  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]

  2. kepujian termasuk Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (serta lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus empat (4) mata pelajaran lain 

  3. Lulus Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,441.00]; 

  4. Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kod 1104 (sekurang-kurangnya gred ‘C’), mempunyai purata nilai gred kumulatif akademik (sekurang-kurangnya 2.00), purata nilai kumulatif vokasional (sekurang-kurangnya 2.67) dan kompeten semua modul vokasional terutamanya dalam bidang kursus seperti berikut ; [Gaji permulaan ialah pada Gred YA1 : RM 1,507.01];

  • Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

  • Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

  • Teknologi Kejuruteraan Awam

  • Perniagaan

  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau

  • Teknologi Kejuruteraan Marin


Kelayakan Fizikal:

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

  1. Tinggi sekurang-kurangnya 163 sm (lelaki) dan 157 sm (wanita) tanpa bersepatu

  2. Berat badan sekurang-kurang 50 kg (lelaki) dan wanita sekurang-kurangnya 48 kg;

  3. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;

  4. Ukuran lilitan dada biasa 81 sm (normal) dan semasa menarik nafas 86 sm (lelaki sahaja);

  5. Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan alat bantuan;

  6. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan

  7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar (kerajaan).


DIKSKRIPSI TUGAS :-

  1. Menjalankan tugas-tugas kepolisan selaras dengan fungsi Jabatan Pengurusan, Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik,Jabatan Keselamatan Dalam Negeri/Ketenteraman Awam, Cawangan Khas, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard , Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Logistik dan Teknologi serta Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

  2. Di antara tugas-tugas tersebut ialah mentadbir, merancang pencegahan jenayah, menyiasat, menangkap dan mendakwa, mengatur kawalan trafik, mengumpul risikan, menyediakan peralatan dan perhubungan, rondaan mencegah jenayah, mengawal, mengiring pesalah-pesalah serta mengawal dan mengekalkan keselamatan awam di darat, laut dan udara bagi mewujudkan suasana aman dan tenteram di kalangan rakyat dan negara;