Assalamualaikum, percaya tak kalau saya cakap banyak generasi Y yang ingin menjadikan bidang muzik sebagai kerjaya. Masalahnya ada masa depan ker bidang ini?.
Dalam pengalaman saya mengajar muzik dan buat bisnes kelas muzik dan sebagainya. Boleh dikatakan 1/10 gen Y yang saya jumpa minat betul dengan muzik dan nak jadikan muzik sebagai kerjaya, 1/10? Banyak tu seriously kalau mengikut statistik yang dikeluarkan kementerian pelajaran Malaysia pada tahun 2016 terdapat lebih 2juta pelajar sekolah menengah. Ok kalau kita andaikan 5% daripada jumlah itu pernah belajar muzik dan pernah pergi jamming ada band, itu dah bersamaan 100,000. Cuba kita andaikan lagi sekali 1/10 pelajar yang saya jumpa itu memang nak jadi ahli muzik, 1/10 daripada 100,00 dah bersamaan 10,000 maksudnya kita ada 10,000 muzik graduate.
Tapi apa yang tak bestnya ok saya tak nak cakap benda ini, mereka tak disokong oleh ibu-bapa dan orang keliling mereka. Tapi saya rasa itu bukan salah dorang, mentaliti kebanyakan masyarakat Malaysia masih memandang bahawa bila muzik ini adalah satu bidang yang tidak ada masa depan dan mentaliti yang macam begini wujud sebab kurang pendedahan pengetahuan tentang kerjaya yang ada dalam bidang muzik ini. Saya ingat lagi semasa masuk diploma muzik dulu ada seorang makcik dekat kampung saya ini, dia cakap dekat saya "huuu dia belajar muzik nak jadi new boy la tu".
So daripada itu saya tahu kebanyakan orang masih fikir kalau kau ambil muzik kau nak jadi artis, jadi untuk blog kali ini saya kongsikan beberapa kerjaya dalam bidang muzik :
1) So kerjaya pertama adalah sudah tentu pemuzik, terdapat dua kategori pemuzik iaitu pemuzik bebas dan pemuzik tetap. Pemuzik bebas ini atau dikenali sebagai freelancer bermaksud pemuzik itu tidak terikat dengan mana-mana badan atau agensi pada satu-satu masa, so dorang ini bebas untuk perform dekat mana-mana kerja yang dorang dapat kalau dah nama freelancer maksudnya income dorang itu tidak tetap setiap bulan. Lagi banyak kerja dorang dapat lagi banyaklah pendapatan yang dorang dapat, so kalau korang pernah tengok live band dekat wedding, tv show, kelab ataupun dekat hotel kebanyakan daripada pemuzik-pemuzik itu adalah freelancer. Kategori yang kedua pula adalah pemuzik tetap mereka ini adalah pemuzik yang bekerja dibawah mana-mana badan ataupun agensi secara kontrak ataupun tetap, dorang kerja ini biasanya office hour so maksudnya daripada pagi sampai petanglah. Banyak juga badan-badan kerajaan yang ada kombo yang menawarkan jawatan tetap kepada pemuzik sebagai contohnya Radio Television Malaysia ataupun RTM, Istana Budaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dan Dewan Filharmonik KLCC. Kebanyakan unik kebudayaan negeri-negeri dekat Malaysia turut menawarkan jawatan kosong tetap kepada pemuzik, so? Siapa cakap pemuzik ini tidak ada masa depan?
2) So untuk kerjaya muzik yang kedua adalah pengajar, kebanyakan pemuzik tetap dan bebas mengajar atau menjadi jurulatih muzik disekolah-sekolah atau di private muzik centre. Paling best sebenarnya jadi jurulatih muzik sekolah antarabangsa, ribu-ribu jugalah gaji kalau nak jadi coach international school itu belum lagi masuk gaji kerja lain ada juga sesetengah itu dia minat muzik tapi dia nak ada financial security setiap bulan kalau dia minat mengajar, so dorang ini biasanya akan ambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan muzik. So dengan itulah wujud cikgu-cikgu muzik dekat sekolah yang biasanya akan handle performance masa hari guru.
3) Ok untuk kerjaya muzik yang ketiga pula adalah usahawan ataupun entrepreneur, ada juga ahli muzik dekat Malaysia ini otak dia tu sejenis otak bisnes so antara bisnes yang biasanya mereka buat termasuklah pembekal muzik, buka jamming studio, buka muzik akademik, atau mereka buat commercial band. Commercial band ini maksudnya dorang perform satu band lepas itu branding kan band itu selepas itu jadikan band itu sebagai bisnes yang entiti. Contohnya asmaraloka ataupun geng wak long production dorang ini biasanya service provider antara servis yang dorang tawarkan adalah performance untuk event, recording ataupun music production, sewa barang-barang muzik dan sebagainya. Tapi tak ramai sangat nak ambil risiko untuk jadi usahawan sebab macam kita semua tahu, "kau buat bisnes kau main dengan risiko".
So far korang dah tahu beberapa bidang kerjaya muzik pertama Pemuzik, Pengajar dan terakhir adalah usahawan. Sebenarnya banyak lagi kerjaya lain sebagai contoh komposer, muzik produser, tukang repair instrument, sound engineer tapi kalau nak cerita semua ini dia akan sejenis 200 jam punya cerita. So macam bidang-bidang lain juga kita ada peluang yang sama untuk berjaya kalau kita berusaha, apapun pekerjaan kita mesti akan ada cabaran dan dugaan mesti stres tapi sekurang-kurangnya kalau kita stres bekerja kita masih boleh buat benda yang kita suka kalau tak, dah la kerja tak minat stres pula tu. Tapi mungkin juga ada sesetengah orang itu dia value financial security lebih berbanding dengan lain, itu tidak ada masalah itu hak masing-masing. Yang penting kita happy dengan kehidupan kita. Ok sampai sini sahaja kalau berminat blog ini jangan lupa follow terima kasih.
Kredit : MK Ridzuan