Assalamualaikum, terima kasih kerana setia bersama blog kami. Baru-baru ini kami telah dihubungi oleh seseorang yang minta saya untuk buat satu blog berkenaan dengan temuduga UPU secara dalam talian, kebetulan memang saya nak buat blog ini dan dia pula minta saya bantu. Jadi memang push saya untuk buat blog ini kepada anda yang banyak menyokong saya, ok baiklah hari ini kongsikan kepada anda beberapa tips sekiranya anda akan menghadirkan diri secara dalam talian terutamanya berkenaan dengan kemasukan ke Universiti lepasan STPM dan setaraf dengannya. Saya akan kongsikan beberapa tips yang mungkin anda boleh gunakan, in sha allah tips ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman beberapa pelajar yang telah pun menghadiri temuduga sebelum ini. Jadi saya kongsikan khusus untuk anda.
Ok baik mereka yang bakal menemu duga anda bukanlah orang biasa-biasa mereka mungkin bakal pensyarah anda, jadi biasanya ada yang bertanya "ah cikgu gelaran apa yang kita gunakan untuk mereka?" biasanya kita sebut dua sahaja pertama doktor yang kedua adalah profesor. "Tuan" itu mungkinlah ada, tapi biasanya mereka akan beritahu "ok baik saya adalah Doktor Muiez Rusle dan saya pula profesor Rahim bin Abu Bakar" dan sebagainya. Dan apabila mereka sebaik sahaja menyebut Doktor menyebut Profesor jadi gunakan ganti nama itu untuk anda panggil kepada mereka, jangan panggil Tuan jangan panggil encik kalau mereka sebut mereka Doktor atau Profesor panggil lah itu.
Sebaik sahaja anda online, perkara pertama yang perlu buat ialah prepare awal-awal. Kita tak nak temuduga itu dijalankan dengan keadaan yang nampak kaku kita yang nak nampak natural nampak seimbang ataupun nampak santai sahaja, walaupun dalam keadaan rasmi. Jadi anda mungkin boleh utarakan soalan-soalan ringkas untuk prepare anda contohnya, "apa khabar doktor?, apa khabar profesor? Alhamdulillah saya harap doktor dan profesor semua sihat sahaja" cukup tak perlu nak lebih-lebih "apa khabar doktor apa khabar profesor? Wow cantik betul baju punya profesor hari ini. Hmm kalau tak silap saya mesti brand mahal ini kan? Doktor beli dimana ya? Wahh warna merah lah. No,no, no jangan over cukup sekadar kita nak wujudkan kemesraan tetapi jangan terlampau over. Cukup "Assalamualaikum doktor, Assalamualaikum profesor apa khabar hari ini? Sihat?" cukup itu sahaja.
Ok ada pelajar yang sebut "cikgu! Saya kena buat introduction dalam bahasa Inggeris" jadi tolong siapkan perkenalan diri anda dalam bahasa Inggeris, ini bukan orang kata apa mandatori mungkin kita risau ada. Jadi kalau untuk elakkan anda terkejut apa salahnya kalau siapkan awal-awal introduction diri anda, kan? Dalam bahasa Inggeris. Tak faham tak apa ataupun tak fasih bahasa Inggeris pun tak apa, tanya cikgu anda tanyalah orang yang mahir dalam bahasa Inggeris. Tulis dan kemudian buat apa? Tampalkan dekat belakang sambil temuduga sambil anda baca, ahh itu tipsnya. "ok my name is Mohd Rusle, im from Sungai Besar Selangor and?" padahal kita membaca, tapi janganlah pula tampal itu dekat atas nampak sangat tinggi apakah jada semua itu? Kan. Tampal itu biarlah separas dengan mata tapi kalau anda fasih itu mungkin menjadi bonus untuk anda, kialta risau akan ada soalan terkejut." Can you tell me about you opinion?" contohnya jak lah, matilah kalau tak bersedia.
Dalam introduction nak sebut apa? Ada beberapa perkara yang perlu anda sebutkan, yang pertama sekali anda sebutkan ialah nama kemudian sebut umur kemudian sebutkan tempat tinggal. Ini pun dah cukup tak perlu nak cakap hobi, makanan kegemaran, apa saya buat waktu lapang, saya suka melancong, tak perlu untuk introduction awal-awal so untuk 3 pun dah cukup kemudian tambahkan lagi dengan sekolah, keputusan akademik, dan kokurikulum. Dan kalau boleh juga kaitkan dengan apakah sikap kamu yang kamu dapat berdasarkan contoh persatuan yang kamu masuk "saya memegang jawatan sebagai pengurusi PRS melalui aktiviti kokurikulum itu membantu saya untuk melatih menjadi seorang pemimpin yang baik, memimpin yang menghargai orang bawahan dan yang paling penting sekali adalah saya sanggup turun bersama dengan pelajar-pelajar yang lain demi menyelesaikan tugasan yang telah diberikan" cukup tak perlulah nak leret-leretkan lagi.
Ok sebagai permulaan saya kira itu dah cukup baik tetapi ada juga temuduga yang dijalankan dengan dwibahasa jadi mungkin kalau anda pun telah dimasukkan satu grup Whatsapp ataupun grup Telegram dan kalau ada Profesor ataupun Doktor dalam grup tersebut tolong tanya "Profesor maafkan saya bertanya, boleh saya tahu tak temuduga ini dijalankan dalam bahasa Inggeris ataupun bahasa melayu ataupun dwibahasa?" sebab ada antara pelajar yang dah menduduki temuduga sebelum ini dia bertnya dengan dwibahasa. Doktor bertanya dalam bahasa inggeris dia tak dapat jawab tak ada masalah, minta izin kepada Profesor " izinkan saya untuk menjawab dalam bahasa melayu? " mohon izin dahulu dan ada juga antara pelajar yang beritahu "cikgu dia tak tanya pun pasal Universiti" dia bertanya, contoh pelajar dia ambil kos ekonomi terus tanya pasal ekonomi. Jadi kepada anda perlulah buat persediaan berkenaan dengan kursus yang akan anda ambil, kalau anda ambil ekonomi jadi bersedialah dengan soalan-soalan ekonomi. Tolong buat FAQ, apa itu FAQ? FAQ ini ialah soalan lazim anda saling bertanya dengan diri sendiri "agak-agaklah apa akan ditanya? Agak-agaklah apa akan mereka tanya berkenaan dengan kursus kita ambil? Agak-agak apa akan ditanya berkenaan diri kita?" jadi saling soal menyoal dengan diri kita sendiri supaya kalau ditanya sekurang-kurangnya kita bersedia untuk menjawab.
Baiklah In sha Allah saya akan doakan mudah-mudahan semoga semua berjaya, kita akan berjumpa lagi dalam informasi akan datang. Assalamualaiku.
Kredit : Abdul Muiez Ruslee