5 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia Yang Masih Beroperasi - Web Malaysia 2

Web Malaysia 2

INFO MENARIK DI SELURUH MALAYSIA | BERITA | INFORMASI | KERJA KOSONG MALAYSIA | BANTUAN KERAJAAN | RESEPI VIRAL | TIPS | DUNIA VIRAL

Breaking

Home Top Ad

Responsive Ads Here

Post Top Ad

Responsive Ads Here

Thursday, September 10, 2020

5 Tempat Paling Berhantu Di Malaysia Yang Masih Beroperasi


Asslamualaikum dan selamat sejahtera hari ini admin akan mengulas tempat dimana filem bangunan dirakam dan misteri tingkat dikosongkan di KLCC dan banyak lagi, 5 tempat paling berhantu di Malaysia yang masih beroperasi.


1) Pusat Latihan Memandu Di Selangor

- Pusat latihan memandu ini merupakan lokasi rakaman filem Bangunan dijalankan, tempat ini merupakan antara tempat paling keras di Malaysia kerana mempunyai banyak gangguan mistik yang dirakam. 

Dikatakan tempat ini mempunyai kes Polis terhadap kehilangan misteri 2 orang pemuda pada tahun 2010 berdasarkan rakaman CCTV daripada bangunan pusat latihan memandu tersebut, kedua-dua pemuda ini hilang sewaktu ingin melarikan diri dari gangguan mistik dalam bangunan tersebut ketika menuju ke tangga untuk keluar dan terus hilang selepas itu. 

Mangsa yang pertama menuju ke tempat itu pada lewat malam mungkin sebabkan ingin bermain dengan kameranya, ketika dia menuju ke tempat lain dia
meninggalkan kameranya diatas meja dalam mod rakaman. 

Hal ini kerana beliau berasa tidak selesa seumpama ada seseuatu memerhati, semasa beliau kembali untuk mengambil kameranya didapati kameranya beralih arah dan dia terus lihat meneliti rakamannya yang tadi. 

Disini kita dapat melihat lembaga berlari laju ke arah yang ditujunya tadi, selepas melihat rakaman itu dia teru lari menuju ke tangga untuk keluar dari bangunan itu. Sewaktu turun dari tangga dia sepatutnya melalui bawah tangga namun tidak kelihatan dan terus hilang. 

Mangsa kedua pula dikatakan pergi ke lokasi yang sama bersama tunangnya untuk mengambil barang di pejabatnya, namun ketika berada disitu banyak gangguan yang berlaku.

Gangguan tersebut dapat dilihat melalui rakaman, dimana tiga skrin komputer tersebut menyala dan terpadam dengan sendirinya. Ketika beliau cuba melarikan diri ke tangga untuk keluar dari bangunan ini, dia tidak kelihatan membuka pintu keluar dibawah ini dan dikatakan hilang sewaktu turun tangga itu.

Semasa beliau melarikan diri pintu pejabatnya tertutup, sofa bertukar kedudukan dan  skrin Komputer terpadam sendirinya. Menurut kru bangunan ini, kesemua rakaman ini diambil terus dari server CCTV bangunan tersebut dan tidak diubah atau di edit sama sekali.

Selepas kehilangan itu, kedua mangsa ini tidak kelihatan sehingga kini dan peristiwa itu masih menjadi misteri. Hal ini telah menarik minat pelakon dan pengarah iaitu Khai Rahman dan rakan-rakannya untuk pergi ke lokasi bangunan ini dan merakam sendiri.

Pengalaman sebenar mereka disini, ketika rakaman sedang dijalankan salah seorang rakan mereka dirasuk teruk oleh entiti bangunan itu sehinggakan dia diheret melakat ke dinding berhampiran tangga dimana mangsa pertama hilang.

Selepas itu rakaman terpaksa di hentikan kerana bimbang atas keselamatan. Filem ini telah disiarkan pada tahun 2015 dan sehingga itu mangsa yang masih hilang dan belum di temui. Peristiwa kehilangan kedua-dua mangsa ini pada bangunan yang sama merupakan antara kejadian misteri paling menakutkan di Malaysia.

Terkini, kawasan bangunan ini masih beroperasi sebagai pusat latihan memandu di lengkapi dengan litar memandu yang profesional serta merupakan antara litar memandu yang terbaik di Malaysia.


2) First World Hotel Pahang

- Hotel yang bertaraf 3 bintang di Resort World Genting Pahang Malaysia dan pernah direkodkan sebagai hotel terbesar di dunia pada tahun 2006 disebabkan mempunyai bilangan bilik sebanyak 7351 bilik dan memiliki 10 buah restoran.

Hotel ini juga berhadapan dengan amber court, selain itu mengenai peristiwa seram yang berlaku di sinilah sahaja, rata-rata pengunjung mengadu kedengaran bunyi orang berjalan.

Hilang seakan-akan ada sesuatu berjalan diatas katil pada waktu malam. Selain itu, peristiwa-peristiwa seperti kelibat wanita berambut panjang mengurai di dalam bilik dan TV terbuka sendiri tanpa siaran.

Pada tahun 2012, satu kes pembunuhan telah berlaku di sini difahamkan seorang wanita warganegara China dibunuh dengan kesan kelar di leher dan 3 tikaman pada badan mangsa yang membawah maut didalam bilik di tingkat 5.

Terkini, First World Hotel menjadi pilihan pengunjung untuk bermalam dan harganya dalam Rm400 semalam.

3) Amber Court Pahang

- Amber Court yang terletak di Genting Highlands Pahang mempunyai 2 bangunan apartment berkembar setinggi 23 tingkat yang berusia lebih 20 tahun, tempat ini dikatakan berhantu dan merupakan lokasi sering berlakunya kejadian bunuh diri bagi orang yang kalah judi. 

Amber Court juga dikatakan mempunyai sebuah bilik misteri yang berpalang dimana dijadikan tempat menyimpan hantu Casino atau belaan makhluk memberi kemenangan kepada pemain judi.

Terdapat pelbagai kisah seram yang diceritakan mengenai bangunan ini, antaranya penginap akan mengelamai kejadian aneh diwaktu malam seperti TV terbuka dan tertutup sendiri kedengaran orang bertukang perempuan mengilai dan memanggil. 

Budak menangis dan pernah menemui satu lembaga tanpa kepala sedang mendukung anak didalam lif. Disamping itu, Amber Coury juga pernah menjadi lokasi penggambaran filem Haunted Hotel. 

Pengarah dan krunya juga pernah diganggu sewaktu sesi penggambaran dijalankan, penggambaran ini turut melibatkan lokasi dimana 7 ahli keluarga membunuh diri disitu.

Dikatakan bilik D6 tingkat 17 merupakan bilik yanh kerap diganggu makhluk halus, kini Hotel Amber Court masih beroperasi dan kebanyakkan nya didiami oleh warganegara asing yang bekerja disekitar kawasan ini.

Sekiranya anda ingin tinggal disini, ada bilik yang disewa dengan harga Rm1500-3000 sebulan dikatakan harga rumah disini juga jatuh iaitu serendah Rm30,000 untuk unit studio dan ada unit lain yang dijual harga Rm200,000.


4) Victoria Institution Kuala Lumpur

- Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, VI atau Sekolah Menengah telah ditubuhkan pada tahun 1893 khusus untuk pelajar lelaki dan hanya tingkatan 6 untuk pelajar perempuan. 

Ia merupakan antara sekolah terbaik di Kuala Lumpur berikutan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, VI memainkan peranan dalam sejarah tanah air apabila dijadikan markas tentera Jepun pada perang dunia kedua dan disenaraikan warisan kebangsaan pada tahun 2009.

Disamping itu, VI telah melahirkan ramai tokoh termasuk Sultan Brunei, ahli perniagaan, Mokhtar Dahari, Rashid Siddik, Shanun Ahmad dan ramai lagi. 

Selain itu, VI telah menyimpan pelbagai kisah misteri sesuai dengan statusnya sebagai Sekolah tertua di Kuala Lumpur dimana semasa tentera Jepun menduduki bangunan Sekolah ini. 

Ramai tentera British dan penduduk tempatan telah diseksa dengan kejam hingga mati di ruang bawah tanah dibeberapa bangunan lama sekolah ini. 

Disamping itu, banyak terjadinya kes histeria, penampakan entiti malam dan siang hari. Terdapat juga salah satu kes dimana salah seorang anggota band sekolah mendakwah telah melihat seorang wanita dan menegur wanita itu sehingga dia dirasuk hilang berikutan berlatih hingga lewat malam sebelum sempat dijumpai diatas tangki air.

Terdapat lagi satu cerita pada pelajar asrama sekolah ini ketika itu berada dalam bilik prep, dalam bilik itu dia perasan salah seorang rakannya dengan nama panggilan Mat Pet yang selalu banyak bercakap namun ketika itu dia diam semacam.

Kawan-kawannya merasa pelik megambil gambarnya, selepas itu rakannya meneliti semula gambar yang diambilnya tadi dan ternampak lembaga hitam sedang berdiri disudut bilik.


5) KLCC

- Menara berkembar Petronas ini dikatakan telah terdapat 1 tingkat dimana ia dikosongkan sehingga kini dan tidak ada nombor tekan pada tingkat ini kerana tidak ada sesiapa dibenarkan pergi ketingkat ini.

Menurut cerita tingkat ini terpaksa dikosongkan kerana terdapat banyak gangguan mistik, selain itu terdapat banyak peristiwa seram yang telah berlaku disini antaranya ialah seorang bekas pegawai keselamatan bernama Iswanli dimana beliau perlu meronda disetiap sudut bangunan itu pada waktu malam.

Waktu itu dia perlu menaiki lif untuk meronda ketingkat lain, sebaik sahaja melangkah kedalam lif terdapat bau wangi seolah-olah ada orang telah menaiki lif ini dan meninggalkan bau wangi.

Namun ketika itu jam menunjukkan 1 pagi,bererti lif itu sudah dikosongkan untuk beberapa jam setelah sampai disuatu tingkat beliau pun melaksanakan kerjanya dan memasuki semula dalam lif. 

Sewaktu pintu telah ditutup beliau ternampak perempuan berambut panjang sedang pandang kebawah, namun dia tidak menghiraukan dan terus menghabiskan rondaannya secepat mungkin. 

Terdapat lagi kisah seram dimana seorang pekerja wanita HR department yang selalu berada disitu sehingga lewat malam, dikatakan beliau pernah ternampak cik ponti sedang tercegat diluar tingkap sedang melihatnya bekerja. 

Peristiwa ini berlaku pada tingkat 14 bangunan kedua KLCC, terdapat banyak lagi kisah seram pada bangunan ini namun itu sahaja admin mampu ceritakan. 

Dari kelima-lima tempat ini yang paling menyeramkan di pusat latihan memandu
Selangor. 

Sumber : Top 5 Malaysia

Jom Follow Web Malaysia

Jom Follow Web Malaysia

Post Bottom Ad

Responsive Ads Here

Pages