Asalamualaikum nama saya Hazeman Huzi, ok terus cerita. Dalam Al-Quran yang Haze pegang sekarang ini untuk jadikan Haze sebagai panduan hidup.
Ok ini adalah tafsir(Al-Quran), ada beberapa chapter-chapter didalam itu, ok chapter pertama aku belajar ialah kategori manusia yang ada dekat atas muka bumi ini bila berhadapan dengan orang Islam.
Yang pertama kita ada orang mukmin, orang kafir dan juga orang munafik, orang-orang munafik ini adalah orang yang kata-katanya sudah beriman kepada Allah dia percaya Allah itu wujud.
Maksudnya macam inilah dulu aku munafik percaya tuhan itu ada tapi aku tak sembayang pun sebagai contohnya macam itu lepas itu bila aku tidak sembayang sebenarnya aku masih lagi munafik sebabnya aku masih lagi menduakan Allah the in term of rezeki faham tidak?
Melihatnya kepentingan duit itu sebagai salah satu sumber kebahagiaan, itu yang aku percaya dan pegang pada masa itu.
Bila aku dapat pendapatan melalui Yotube atau melalui review dan lain-lain, aku rasa berat hati untuk menderma kepada orang sebab aku rasa itu duit aku.
Tapi sebenarnya itulah dia berhala aku, dalam Al-Quran ini memang ada sebut tentang sejarah Islam waktu ketika dahulu yang waktu kita belajar pendidikan Islam dulu-dulu kan, masih ingat?
Jadi apa yang aku belajar daripada orang-orang terdahulu, pada waktu zaman jahiliyah orang-orang kafir quraisy orang-orang kafir ini sembah berhala jadi, benda itu sudah tidak berlaku sekarang kan dekat Mekah dan juga Madinah kan?
Tapi apakah ianya berlaku sekarang dalam kehidupan aku yang aku berada di dalam sekarang ini bebas daripada berhala faham tidak? Ok fahamkan.
Bukanlah aku ini bebas ataupun islam yang sejati pun sebenarnya, kerana berhala aku adalah berhala duit rezeki itu bukanlah rezeki kegembiraan dan juga ketenangan datang daripada duit semata-mata. Tapi Allah juga yang berikan aku rezeki.
Aku sebenarnya mahu bagi testimonilah dekat kamu, sebahagian orang kita suka buat testimoni kalau dekat negara kita ini ada testimoni macam "oh aku sudah kurus, aku telah hilang 6kg" "aku hilang kanser lepas makan jamu" dan sebagainya. Kenapa aku tak boleh bagi testimoni tentang agama aku sendiri? Dan ini adalah testimoni aku.
Segala apa yang aku minta semua dapat sumpah demi Allah sebagai contohkan Haze kan gila duit dalam doa Haze selalu minta duit, memang Allah bagi tapi hati itu tidak tenang sebab apa?
Sebab bila kita minta duit bukan itu yang terbaik untuk kita sebab itu aku selalu cakap kalau minta, minta yang terbaik kalau kita kaya pun belum tentu kita tenang sebenarnya.
Team Youtube aku macam contoh Akim dengan Ida, untuk bawah pergi mengerjakan umrah kita kumpul duit pun cari sponser yang boleh kita buat kan untuk umrah sama-sama, bertiga dan sebagainya.
Tidak lama selepas itu dua minggu kami di datangi oleh travel agency yang bukan sahaja bawah kita orang pergi umrah tapi mahu bawah kita orang pergi haji.
Lepas diberikan benda bentuk macam ini segala apa yang aku minta dapat, namun apakah lagi nikmat yang kau dustakan. Lagi-lagi dalam waktu-waktu Covid-19 ini, sebenarnya kan aku tahu ramai yang kehilangan kerja dan sebagainya.
Jadi aku sarankan kepada kamu, bukan sarankanlah ikutlah kalau kamu mahu ikut, tidak ikut pun tidak apa sebab aku bukan siapa-siapa pun.
Anggaplah aku ini seperti orang mak nyah tua faham tidak? Ok kalau kamu berkawan, aku berkawan semua orang termasuk golongan-golongan LGBT, mak nyah tua itu dah potong dia akan selalu memberi pesan kepada mak nyah yang mudah ini.
Aku nasihatkan "kau jangan potong" aku anggap aku macam mak nyah tua sekali lagi analogi tersebut, event does not best analogy tapi itu sahaja analogi yang aku ada waktu ini.
Sebenarnya cerita dekat kamu, bila kita mahu taubat nasuha ujian itu akan datang itu confirm dan pasti. Dia lain tahu ujian dan azab, ujian itu bagi aku adalah macam jentikan manja kalau azab kita akan terduduk.
Macam dulu aku kan influences sekarang pun masih juga tapi andai kata kita ternampak macam ada perubahan daripada segi income contohnya. Aku nak cakap Haze punya income makin turun, alhamdulillah memang alhamdulillah.
Pekerjaan kita dahulu sebelum kita berhijrah taubat dan selepas hijrah bertaubat, walaupun kita buat benda yang sama tapi contoh andai kata kita berkurang contohnya duit ada beberapa benda gaji kita terdahulu yang tidak bersih.
Yang Allah bagi kita ini betul-betul kita mahu redho dengan kita, sudah betul-betul masuk Islam kan? Tidak mungkin lah Allah mahu masih kita dalam keadaan yang kotor, daging kita kotor dan sebagainya.
Baru aku sedar sesuatu memang betul pun sebab contoh dekat Youtube kan, walaupun cerita pasal agama yang tidak melanggar syarat dan sebagainya tapi kadang-kadang iklan yang kalau kamu tengok kan kadang keluar macam aplikasi online dating untuk orang-orang gay faham tidak?
Lepas itu kadang-kadang ada jual macam perfume atau bajau tapi menampilkan orang-orang seksi, benda-benda macam itu lah.
Dan duit itu jugalah aku beri kepada derma akhirnya itulah perjalanan dia, mula-mula aku rasa sangsi untuk menderma lepas itu aku telah berikan macam satu hidayah lain iaitu rezeki aku tidaklah 100% halal dan juga sesuai diberikan kepada untuk dibuat ibadah, sebab kalau kita mahu solat kita perlukan sucikan diri, kalau kita tidak solat kita perlukan wuduk sama sahaja, rezeki kita pun perlu di bersihkan dan sebagainya.
Barulah aku rasa tidak was-was lagi seperti mana aku yang dulu rasa was-was untuk aku melakukan ibadah aku dengan duit aku faham tidak?
Kesimpulannya, kamu akan tanya macam mana? sebab Google ataupun Youtube bukan 100% ikut syariah. Caranya buat review-review dengan syarikat-syarikat lain, duit ini daripada syarikat ini, syarikat ini ada promot cop halal. Yang halal lah ini aku bagi.
Sebenarnya panjang lagi cerita aku mahu beritahu dekat kamu, kenapa aku tidak ceritakan kepada kamu? Itu pun berhala lain. Aku dulu ada berhala iaitu berhala view aku mahu kan view jadi kenalah buat video-video berdasarkan apa yang tengah trending sekarang dekat dalam Malaysia sekarang.
Ini adalah satu bentuk syaitan datang dalam diri cakap "engkau tak payalah buat benda-benda begini, bukan ada view pun kalau kau buat derma" tapi tidak apa, berhala aku itu tidak ada view tapi aku dijalan Allah yang membuat video yang memberi manfaat kepada kamu semua.
Kredit : Hazeman Huzir