Assalamualaikum kita jumpa lagi hehe harap-harap kamu semua sihat ya.
Baik pelajar-pelajar sekalian banyak soalan yang saya terima antaranya ialah ramai pelajar yang nak menolak tawaran yang mereka terima, terutamanya apabila mereka mendapat IPG dan juga Matrikulasi juga Politeknik banyak sangat yang meraka nak beritahu saya. Mereka nak tolak, puncanya sebab jauh ermmm...
Para pelajar yang dikasihi sekalian, kalau kita nak kira jauh saya tak tahu sebenarnya masalah anda semua dan saya juga tak nak ambil tahu tentang masalah anda tetapi apabila ada pelajar dah dapat IPG nak tolak saya kira sangat-sangat ermmm sedih sebab seperti yang saya maklumkan kepada anda lebih kurang 19,000 pelajar yang tidak berjaya yang mendapat tempat di IPG. Tetapi apabila anda dah dapat tempat di IPG ermmm anda tolak, kemudian ada juga yang dah dapat ke Matrikulasi 2 semester juga tolak hmmmm sedih, sangat sedih. Saya kalau sebagai yang tukang pilih pun saya akan rasa sedih apabila kita dah tawarkan tempat terbaik untuk anda tetapi anda tolak puncanya adalah kerana jauh.
Pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian tolong fikiran bahawa anda sekarang ini sudah berusia 18 tahun, berapa? Sekurang-kurangnya 18-19 tahun. Bayangkan umur 18-19 tahun? Masih lagi nak berada diketiak mak ayah, saya tak katalah yang benda itu tu tidak bagus. Tidak-tidak tetapi sudah sampai masanya untuk kita terbang tinggi mencari arah tuju kita, jangan risau mereka yang pandai terbang pasti akan pandai pulang semula. Masalahnya ialah apabila kita tak berani nak terbang, kan? Terutamanya apabila mendapat tempat yang jauh sedikit contohnya duduk di Johor dapat tawaran di Terengganu ataupun duduk utara dapat tawaran ke Johor tolak sebab tidak bersedia untuk berjauhan dengan dari keluarga.
Saya tak katakan kepada mereka yang ada masalah keluarga contohnya mak ayah sakit ataupun bapa sudah meninggal, mak ada masalah tempat tinggal dan sebagainya. Itu kes lain, tetapi bila kes yang tidak ada isu besar semata-mata kerana tidak sanggup berjauhan mak ayah ermmm. Saya dulu pun, kalau nak cerita dulu ini mungkin tidak relevan tapi saya kira masih lagi boleh diterima pakailah kalau saya sebut cerita dulu tu, saya dulu(saya orang negeri sembilan) dapat belajar di Terengganu jauh tak? Yes lebih kurang 6 atau 7 jam kalau kita naik bas silap-silap boleh sampai ke 8 jam tetapi kalau nak naik kereta mungkin sekitar 5-6 jam sahaja. Jauh tak? Iya sangat jauh dan kalau anda nak tahu jalan dari Negeri Sembilan ke Terengganu bukan highway, yes dah sampai dekat Kuantan dah ada highway tetapi zaman saya itu tidak ada lebuh raya LPT itu masih belum secantik seperti hari ini. Ya saya ada 2 pilihan sama ada saya nak masuk Kisda di Bangi ataupun Kuza di Terengganu, kalau saya nak fikir jauh sudah pasti saya akan pilih untuk duduk di Kisda. Tetapi tidak, ada sebab mengapa saya nak pergi ke Terengganu saya akan kongsi kan sebentar lagi.
Bila mak ayah sayq hantar sedih, ya memang sedih berair lah juga air mata itu sebab nak tinggalkan mak ayah. Ayah saya cakap apa? Muiez jangan risau ayah akan melawat kau tiap-tiap tahun tetapi pelajar-pelajar sekalian ayah saya dia tak tunaikan janji dia, dia hanya melawat saya dua kali sahaja. Pertama hantar kedua waktu konvokesyen yang lebihnya? Lebihnya saya pandai berdikari, pandai balik sendiri, pandai bawah motor dari Negeri Sembilan ke Terengganu balik konvoi naik motor bersama-sama dengan kawan. Jadi hari ini saya akan kongsikan kepada anda 3 kenapa anda perlu terbang dari rumah anda pergi ke tempat jauh itu.
1) Para pelajar yang saya hormati, kita nak ajar atau kita nak latih diri kita untuk berdikari sebab apa berdikari? Sebab apabila kita berada disana kita tidak ada kereta kita tidak ada motor kita tidak ada pengangkutan hanya diri kita sahaja, disitulah kita akan belajar berdikari. Belajar untuk bangun pagi sendiri, belajar untuk solat subuh sendiri tanpa ada yang kejut, belajar untuk manage duit sendiri Rm300-400 yang ayah beri sebulan macam mana nak pastikan Rm300-400 itu cukup. Bagaimana cara untuk kita had kan perbelanjaan, mana yang penting mana yang tidak? Yes kalau kita duduk dirumah mungkin kita tidak mampu untuk berdikari seperti itu, tetapi apabila kita ditempat yang jauh sudah pasti kita akan lebih berdikari dan jadi diri kita terutamanya untuk mengekalkan disiplin, mengawal perangai kita sendiri sebab mak ayah tidak ada jauh dan bagaimana kita kawal kewangan kita Itu yang penting.
2) Kita akan belajar budaya dan adat resam yang baru, saya orang Negeri Sembilan kut semua belakang "oh" oh" "sayo, apo, ekaow, dan sebagainyo" tetapi apabila saya berada di Terengganu ia terlebih makan, terlebih "makang" dia jadi "tubit" dia jadi "piti" dia jadi "sama" dia jadi "nak gi mano" dia akan tukar macam itu. Kalau kita tak berada di tempat itu atau sekadar duduk dirumah sahaja, kita tak akan dapat tahu itu semua. Sebab itu orang kata apa? "Jauh perjalanan luas pandangan".
3) Pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian, apabila kita duduk jauh dari keluarga kita akan belajar untuk menghargai apa yang kita ada kalau sebelum ini kita dengan adik-beradik kita selalu sangat gaduhkan, bila dengan adik beradik kita sahaja selalu bercakar cakaran dengan mak ayah kita pula selalu tidak dengar cakap mereka kan. Tetapi bila kita duduk jauh kita akan belajar untuk menghargai mereka, kita akan belajar untuk menyayangi mereka, kita akan belajar untuk menghargai apa yang ada didepan mata. Waktu itu, bila dah duduk berjauhan kita akan sentiasa call mak ayah kita, kita akan sentiasa hubungi adik beradik kita sebelum ini kita tak pernah hubungi mereka tetapi bila dah kita jauh tak ada depan mata akan sentiasa teringatkan mereka. Masa itu kita akan belajar sebut "mak along rindukan mak", kita tak akan rasa benda itu apabila kita duduk dirumah atau didepan mereka. Saya nak tanya kepada anda semua, siapa yang duduk dirumah keluar cium tangan mak ayah? Tak kan, ada tapi saya rasa yakin dan pasti tak semua cium tangan mak ayah betul? Jadi apabila anda berada di jauh dari keluarga anda akan menghargai perkara-perkara yang kecil itu. Waktu itu, waktu malam anda akan masuk dalam grup Whatsapp rindu dan sebagainya, anda akan menghargai perkara-perkara kecil yang pernah anda lalui bersama-sama dengan keluarga anda.. "Huh mashaallah" anda tak akan rasa itu kalau anda berada di ruamab. Terutamanya mereka dari Borneo datang ke Semenanjung " mashallah".
Jadi pada anda semua saya sarankan kepada anda sekiranya ada masalah mendesak contohnya macam kesihatan, mak ayah meninggal dunia, hanya tinggal seorang sahaja dan kita anak sulung yang perlu menjaga mereka ataupun maka atau ayah kita sakit tenat ada kanser dan sebagainya, mak tak mampu untuk menguruskan ayah, kita sahaja yang harapan keluarga. Saya rasa itu boleh dimaafkan, tetapi kalau sahaja-sahaja kerana jauh hmmm fikir-fikirkan lah balik.
Kredit : Abdul Muiez Ruslee